Tuesday, June 23, 2009

TUTORIAL 3: BAYANG LUTSINAR


Tutorial ini akan mengajar macamana ingin membuat bayang lutsinar seperti gambar ini:



Berikut adalah langkah-langkahnya:

1) Buka Adobe Photoshop, klik File > New. Isikan Name: Transparent Shadow, Preset: 640x480 dan klik OK. Akan keluar satu templat kosong. Klik Type dan taipkan apa-apa perkataan yang anda inginkan. Dalam contoh ini, saya taipkan perkataan PHOTOSHOP. Saya memilih tulisan Gill San Ultra Bold, regular dan bersaiz 80pt(rujuk rajah 2).



Rajah 1: Bina fail baru



Rajah 2: Ubahsuai Type

2) Klik pada Move Tool, akan terbentuk garisan halus sekeliling perkataan tersebut. Klik pada atas tengah garisan itu dan tarik naik keatas. Ini untuk membesarkan tulisan secara meninggi. Saiz ketinggian adalah sesuka hati anda (rujuk rajah 3). Selepas itu klik tanda right yang berada disebelah atas (rujuk rajah 4).



Rajah 3: Membesarkan tulisan



Rajah 4: Klik tanda setuju untuk jalankan ubahsuai tersebut

3) Klik Type semula dan highlight semua huruf tersebut. Klik pada Color Picker yang berada diatas dan pilih warna yang diingini. Dalam contoh ini, saya memilih 367ea. Selepas memilih warna, klik OK. Rajah 5 menunjukkan cara untuk highlight dan rajah 6 menunjukkan pemilihan warna.



Rajah 5: Highlight perkataan tersebut



Rajah 6: Tentukan warna perkataan

4) Klik pada properties Layer, pilih layer PHOTOSHOP dan klik kanan. Slepas itu pilih Duplicate Layer (rujuk rajah 7). Selepas itu, keluar kekotak Duplicate Layer dan klik OK.



Rajah 7: Buat proses duplicate layer



Rajah 8: Kekotak Duplicate Layer

5) Pergi ke Menu bar, Klik Edit, pilih Transform dan klik Flip Vertical(rujuk rajah 9). Selepas itu, pergi ke gambar perkataan PHOTOSHOP tersebut, klik dan tarik ke bawah. Tarik sehingga melepasi perkataan di atasnya. Rajah 10 menunjukkan cara arah tarikan.



Rajah 9: Terbalikkan imej




Rajah 1o: Tarik ke bawah sehingga melepasi perkataan asal

6) Klik Layer di Menu bar, pilih New dan klik Layer. Rajah 11 menunjukkan kedudukan Layer di Menu bar. Akan keluar kekotak New Layer seperti rajah 12, tekan OK.



Rajah 11: Buat Layer baru



Rajah 12: Kekotak New Layer

7) Selepas itu, klik Rectangular Marquee. Klik di pepenjuru PHOTOSHOP bawah dan tarik ke pepenjuru bawah kanan. Anda boleh rujuk rajah 13 untuk melihat cara-caranya.



Rajah 13: Buat selection

8) Klik Color Picker dan akan keluar kekotak Color Picker. Masukkan nilai ffffff dan tekan Enter. Perlu diingatkan bahawa untuk langkah ini, warna yang dipilih ini mestilah sama dengan warna latar belakang. Ini bermakna jika warna latar belakang anda merah, pemilihan Color Picker ini juga mesti merah. Pergi ke Menu bar dan klik di hujung warna putih tersebut untuk memilih Gradient. Rujuk rajah 14 dan 15. Akan keluar kekotak Gradient Editor, pilih warna yang kedua. Klik pula pada penanda dihujung kanan dan isikan Opacitor dengan 0 serta Location 100, klik OK. Anda boleh rujuk rajah 16.



Rajah 14: Padankan warna



Rajah 15: Ubahsuai Gradient



Rajah 16: Ubahsuai tahap lutsinar dalam Gradient Editor

9) Pergi ke perkataan kedua PHOTOSHOP, bermula dari bawah, klik dan tarik ke atas. Selepas itu, klik Rectangular Marquee. Pergi ke tempat PHOTOSHOP tadi dan klik kanan. Pilih Deselect(rujuk rajah 17 dan 18). Kemudian, tekan Ctrl+S. Siaplah bayang lutsinar anda.



Rajah 17: Tarik ke atas untuk warnakan Gradient



Rajah 18: Buat Deselect





TUTORIAL 2: BUTANG 'GLOSSY'


Tutorial ini akan mengajar bagaimana untuk menghasilkan butang 'Glossy' seperti rajah ini:



Berikut adalah langkah-langkahnya:

1) Buka perisian Adobe Photoshop, klik File > New. Isikan Name: Button, width: 300, height: 100 dan klik OK. Akan keluar satu templat kosong seperti Rajah 2.


Rajah 1: Bina fail baru



Rajah 2: Templat Button

2) Pada Toolbar, klik Gradient. Sekiranya tiada Gradient(yang ada adalah Paint Bucket), mungkin elemen itu tersmbunyi. Cara untuk mengeluarkannnya ialah dengan klik kanan dan pilih Gradient.



Rajah 3: Kedudukan Gradient Tool



Rajah 4: Cara mencari Gradient Tool jika tiada

3) Klik pada ColorPicker untuk memilih warna Gradient. Akan keluar satu kekotak Color Picker(rujuk rajah 5). Isikan warnanya dengan 2ee30c dan tekan Enter. Anda sebenarnya bebas memilih warna apa yang diingini. Perubahan Gradient akan kelihatan di kawasan Menu bar seperti rajah 6. Klik di kawasan bulatan merah tersebut.


Rajah 5: Pemilihan warna menggunakan Color Picker



Rajah 6: Detail Color Picker


Rajah 7: Ubahsuai Color Picker

4) Gradient Editor akan muncul(rujuk rajah 7). Pilih kotak kedua, klik penanda dihujung dan pastikan Capasity adalah 0 dan Location adalah 100 dan tekan Enter. Pergi ke template Button, bermula dari atas, klik dan tarik kebawah seperti rajah 8 dan hasilnya seperti rajah 9.


Rajah 8: Cara untuk klik dan tarik


Rajah 9: Hasil Gradient

5) Untuk taipkan perkataan, klik Type (rujuk rajah 10). Taipkan apa yang anda mahukan. Dalam contoh ini, saya taipkan 'ABOUT US' (rujuk rajah 11). Anda boleh setkan jenis tulisan, saiz dan sebagainya dibahagian Menu bar. Untuk tutorial ini, saya memilih Agency FB, Bold dan bersaiz 14. Klik pula pada pemilihan warna. Color Picker sekali lagi muncul dan untuk kali ini, taipkan warna 227213 dan tekan 'Enter'. Pastikan, apabila anda mengubah ciri-ciri perkataan, perkataan yang ditaipkan itu di'highlight'.



Rajah 10: Penggunaan Type



Rajah 11: Ubahsuai Type

6) Selepas itu, klik Layer > New dan pilih Layer untuk membuat lapisan baru. Satu kekotak New Layer akan keluar dan klik OK (rujuk rajah 12 dan 13). Pergi ke Toolbar dan pilih Rectangular Marquee. Pastikan sifatnya adalah New Selection. Pergi ke templat Button, klik dan tarik dari hujung kiri ke hujung ke kanan. Rajah 14 menunjukkan cara tarikan tersebut menggunakan Rectangular Marquee.



Rajah 12: Bina layer baru



Rajah 13: Layer baru



Rajah 14: Guna Marquee Tool

7) Pergi semula ke Rectangular Marquee, klik kanan dan pilih Elliptical Marquee dan sifatnya adalah Add to Selection.



Rajah 15: Tambah selection Marquee

8) Klik dan tarik dari hujung tengah kiri ke hujung kanan untuk membuat pertindanan pemilihan. Pastikan sudutnya sedikit kebawah. Anda boleh rujuk rajah 16.



Rajah 16: Gabungkan selection

9) Ulangi langkah ketiga(keluarkan Color Picker) dan tukar warna kepada ffffff. Bermula dari tengah atas, klik dan tarik ke bawah. Rujuk rajah 17 dan 18.



Rajah 17: Color Picker



Rajah 18: Buat efek lutsinar



Rajah 19: Hilangkan garisan

10) Klik Elliptical Marquee, pergi ke templat Button dan klik kanan(rujuk rajah 19). Pilih Deselect untuk menghilangkan kesan garisan marquee itu. Tekan Ctrl+S untuk save dan sudah selesai semuanya.

Saturday, June 20, 2009

TUTORIAL 1: PENGENALAN ADOBE PHOTOSHOP


Untuk tutorial dalam blog ini, saya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS2. Untuk menggunakan perisian ini, sudah tentulah anda perlu install dahulu perisian ini. Kepada yang sudah biasa menggunakan perisian ini, ini ialah antara muka yang akan muncul setiap kali program Adobe Photoshop ini di di jalankan. Rajah 1 menunjukkan antara muka asas perisian ini. Untuk yang baru pertama kali install, akan ada antaramuka pengenalan dan antaramuka tutorial yang terkandung dalam perisian ini.


Rajah 1: Antara muka asas Photoshop

Asasnya, ada 3 komponen utama yang paling banyak digunakan iaitu Menu bar, Tool bar dan Layer. Dalam Menu bar, terdapat beberapa perkara utama seperti File, Edit, Image, Layer, Select, Filter, View, Window dan Help. Untuk Tool bar pula, banyak elemen2 yang terdapat didalamnya seperti Marquee, Lasso, Magic Wand, Type, Path, Pen dan sebagainya.

Dalam setiap elemen itu pula, ada elemen yang terkandung disebalik elemen asalnya. Kita boleh mendapatkan elemen lain tersebut dengan right click pada elemen dan beberapa elemen lain akan muncul yang sifat serta fungsinya adalah lebih kurang sama. Rajah 2 menunjukkan ada elemen lain disebalik suatu elemen.


Rajah 2: Elemen disebalik elemen

Untuk Layer pula, ianya adalah penting untuk melihat dan mengedit kerja kita. Setiap lapisan Layer adalah penting susunannya dan setiap Layer boleh diedit kesan khasnya.

Dalam blog tutorial ini, penggunaan Menu bar, Tool bar dan Layer adalah amat penting dan kebanyakkan manipulasi akan dilakukan dalam 3 komponen utama ini. Perlu diingatkan terlebih dahulu, saya agak jarang menyebut sesuatu benda itu mengikut piawainya kerana dirasakan tidak berapa sesuai dengan istilah bahasa kita. Walaubagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi istilah yang paling mudah difahami.


PENGENALAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Syukur alhamdulillah saya ucapkan pada Allah SWT kerana dengan izinNYA, terlaksana juga hajat saya untuk membina satu blog yang khas untuk memberi tutorial tentang Adobe Photoshop dalam bahasa melayu.

Terlebih dahulu, ingin saya tekankan disini ialah saya bukanlah pengajar professioanal atau mempunyai pentauliahan dari mana2 sijil. Saya hanyalah pelajar yang berminat terhadap editing gambar dan sekadar ingin berkongsi kemahiran dan minat dengan pembaca blog ini semua.

Blog tutorial ini berfokus kepada membuat buat gambar baru, ubahsuai gambar dan mempelajari teknik2 untuk memantapkan lagi kemahiran kita untuk memanipulasikan gambar. Saya cuba untuk lakukan secara step by step dan dalam seringkas yang mungkin agar dapat difahami oleh semua.

Dalam blog ini juga, sekiranya pembaca semua mempunyai permintaan untuk saya mengajar tentang sesuatu teknik, anda bolehlah membuat permintaan tersebut samada melalui komen atau chat yang terdapat dalam blog ini. Insyaallah... permintaan anda semua akan saya pertimbangkan.

Sekiranya pembaca semua juga mempunyai kaedah yang lebih pantas dan lebih mudah difahami, saya suka untuk berkongsi bersama dan anda boleh berbuat demikian setelah memberitahu kepada saya terlebih dahulu untuk membincangkan tentang cara2 melaksanakannya dalam blog ini.

Akhir kata, semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu yang terdapat dalam blog ini untuk kebaikkan bersama. Insyaallah...