Saturday, June 20, 2009

TUTORIAL 1: PENGENALAN ADOBE PHOTOSHOP


Untuk tutorial dalam blog ini, saya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS2. Untuk menggunakan perisian ini, sudah tentulah anda perlu install dahulu perisian ini. Kepada yang sudah biasa menggunakan perisian ini, ini ialah antara muka yang akan muncul setiap kali program Adobe Photoshop ini di di jalankan. Rajah 1 menunjukkan antara muka asas perisian ini. Untuk yang baru pertama kali install, akan ada antaramuka pengenalan dan antaramuka tutorial yang terkandung dalam perisian ini.


Rajah 1: Antara muka asas Photoshop

Asasnya, ada 3 komponen utama yang paling banyak digunakan iaitu Menu bar, Tool bar dan Layer. Dalam Menu bar, terdapat beberapa perkara utama seperti File, Edit, Image, Layer, Select, Filter, View, Window dan Help. Untuk Tool bar pula, banyak elemen2 yang terdapat didalamnya seperti Marquee, Lasso, Magic Wand, Type, Path, Pen dan sebagainya.

Dalam setiap elemen itu pula, ada elemen yang terkandung disebalik elemen asalnya. Kita boleh mendapatkan elemen lain tersebut dengan right click pada elemen dan beberapa elemen lain akan muncul yang sifat serta fungsinya adalah lebih kurang sama. Rajah 2 menunjukkan ada elemen lain disebalik suatu elemen.


Rajah 2: Elemen disebalik elemen

Untuk Layer pula, ianya adalah penting untuk melihat dan mengedit kerja kita. Setiap lapisan Layer adalah penting susunannya dan setiap Layer boleh diedit kesan khasnya.

Dalam blog tutorial ini, penggunaan Menu bar, Tool bar dan Layer adalah amat penting dan kebanyakkan manipulasi akan dilakukan dalam 3 komponen utama ini. Perlu diingatkan terlebih dahulu, saya agak jarang menyebut sesuatu benda itu mengikut piawainya kerana dirasakan tidak berapa sesuai dengan istilah bahasa kita. Walaubagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi istilah yang paling mudah difahami.


No comments:

Post a Comment